Monday 15 April 2013

Ayat perintah...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang penggunaan bahasa, iaitu ayat perintah. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:

i)            Ayat suruhan.
ii)           Ayat larangan.
iii)         Ayat silaan.
iv)         Ayat permintaan.

Baiklah, pada entri kali ini kita akan melihat dua sahaja ayat perintah, iaitu ayat larangan dan ayat permintaan. Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contohnya, “Jangan ambil harta orang”. Seterusnya ayat permintaan pula ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Contohnya, “Tolong tutup pintu itu”.
Pernahkan anda melihat ayat ini?

“TOLONG JANGAN BISING”

Bentuk ayat permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Oleh sebab itu, ayat di atas tidak dianggap betul. Bentuk ayat larangan yang betul bagi ayat di atas ialah “JANGAN BISING”. Ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya. Contohnya:

Harap jangan bising.

Oleh itu, sekiranya selepas ini kita ingin membuat ayat larangan, kita janganlah meletakkan bentuk ayat permintaan kerana ayat tersebut dianggap salah.



No comments:

Post a Comment