Assalamualaikum dan
salam sejahtera...
Baiklah, pada entri
kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang budaya berterima kasih.
Saya percaya kita semua sebagai rakyat Malaysia sudah seringkali mendengar
budaya “Terima Kasih” ini. Sudah banyak iklan dan kempen yang telah disiarkan
dalam media massa tidak kira di corong-corong radio atau di kaca televisyen.
Walau bagaimanapun terdapat juga sesetengah daripada masyarakat Malaysia tidak
mengamalkan budaya baik ini.
Hendak dijadikan
cerita beginilah, baru-baru ini saya telah mengunjungi sebuah pasar raya untuk
membeli sedikit barangan keperluan. Setelah selesai memilih barang-barang
tersebut saya pergi ke kaunter bayaran untuk membuat pembayaran. Juruwang
tersebut menyebut jumlah harga dan saya terus menghulurkan wang kepadanya. Kemudian
baki wang saya dikembalikan dan saya melemparkan senyuman kepadanya sambil
mengucapkan ucapan terima kasih, namun juruwang tersebut sedikit pun tidak
membalas senyuman saya apatah lagi untuk mengucapkan terima kasih. Kemudian
saya terus beredar dari situ. Tiba-tiba tekak pula terasa haus, jadi saya
singgah di gerai kecil yang terdapat di dalam pasar raya tersebut untuk membeli
minuman. Perkara yang sama berulang apabila juruwang di gerai tersebut juga
bertindak seperti juruwang tadi. Terdetik dihati saya rupa-rupanya masih ada
lagi masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran tentang hal ini.
Pada pendapat saya,
bukan susah sebenarnya untuk menyebut ucapan “terima kasih” ini. Mengapakah
masyarakat kita pada hari ini masih kurang kesedaran dan begitu susah untuk
menyebut ucapan ini?. Sekiranya budaya berterima kasih ini boleh dipraktikkan,
saya percaya akan lahir masyarakat yang saling menghargai antara satu sama
lain.
No comments:
Post a Comment