Thursday, 18 April 2013

Kurangkan Kelajuan...




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baiklah pada entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang perkataan yang terdapat di salah satu papan tanda yang berada di tepi jalan raya. Ketika saya mencatatkan idea untuk entri blog pada kali ini, saya sedang berada dalam perjalanan untuk pergi ke pekan Tanjong Malim. Tujuan saya ke sana adalah untuk membeli barang. Semasa perjalanan untuk menuju ke pekan tersebut, saya terlihat satu papan tanda yang bertulis “Kurangkan Laju”. Terlintas di fikiran saya bahawa seperti ada sesuatu kesalahan yang terdapat pada perkataan di papan tanda tersebut.

Sepanjang perjalanan itu, otak saya ligat berfikir sama ada perkataan yang digunakan pada papan tanda tersebut mengandungi kesalahan ataupun tidak. Setelah tiba di rumah, saya terus  memikirkan tentang ayat yang tertulis di papan tanda itu tadi, iaitu “Kurangkan Laju” dan memang benarlah telahan saya bahawa terdapat kesalahan pada ayat tersebut.

Pada pendapat saya, terdapat kesalahan bahasa dalam perkataan di atas. Perkataan ‘kurangkan’ haruslah diikuti oleh kata nama terbitan ‘kelajuan’ bukannya kata sifat ‘laju’.




No comments:

Post a Comment