Monday, 15 April 2013

Bahasa slanga...


Assalamulaikum dan salam sejahtera...

Baiklah, pada entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang penggunaan bahasa oleh para remaja pada masa ini. Bahasa yag digunakan oleh golongan ini kadang-kadang sukar untuk difahami oleh masyarakat kita.
Antara bahasa yang sering digunakan oleh mereka ialah poyo, kerek, bro, sengal, bongek, ghepu, tolol, ngek, skema, dan sebagainya. 

Sebenarnya perkataan-perkataan ini tidak mempunyai maksud yang jelas kerana digunakan mengikut situasi tertentu dan terdapat juga perbezaan mengikut dialek mereka. Selalunya perkataan-perkataan ini digunakan untuk mengumpat atau menunjukkan bahasa yang kurang sopan terhadap orang lain.

Dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan bahasa ini tidak diketahui asal kewujudannya, namun penggunaannya semakin mendapat tempat dalam kalangan para remaja kini.


No comments:

Post a Comment