Asslamualaikum dan salam sejahtera...
Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda
semua tentang penggunaan bahasa ringkas yang selalu digunakan dan semakin
popular pada masa ini, terutamanya dalam kalangan remaja.
Baiklah, pada cuti pertengahan semester baru-baru ini
saya dan beberapa orang kawan yang lain telah pergi ke sebuah sekolah untuk
membuat pengajaran makro. Saya telah mengajar kelas tingkatan empat. Dalam
proses pengajaran tersebut, pelajar telah dibahagikan kepada empat kumpulan untuk
sesi pembentangan. Mereka diarahkan untuk menulis jawapan di dalam kertas sebak
dan semasa saya memantau perbincangan tersebut saya dapati terdapat beberapa
perkataan yang ditulis ringkas dan menyalahi hukum bahasa Melayu. Contohnya
perkataan “isteri” yang dieja dengan perkataan “is3”, dan “orang” menjadi
“owg”.
Fenomena bahasa ringkas ini boleh menjadi parah jika
tidak diatasi dengan segera. Bayangkan jika pelajar menjawab soalan peperiksaan
dalam bahasa ringkas yang tidak dapat difahami oleh pemeriksa, sudah pastinya
markah tidak akan diberi dan pelajar akan gagal. Keadaan bertambah buruk
apabila terdapat juga bahasa ringkas bukan sahaja dalam bahasa Melayu bahkan
juga dalam bahasa Inggeris yang dicampuraduk dengan bahasa Melayu . Contohnya, “Ahmad
otw ke pekan” yang membawa maksud “Ahmad dalam perjalanan ke pekan”, manakala
perkataan “otw” ialah dalam bahasa Inggeris yang membawa maksud “on the way”.
Satu lagi contoh ialah perkataan “asap” yang sering digunakan yang bukan
membawa maksud “asap api”, tetapi bermaksud “as soon as possible”.
No comments:
Post a Comment