Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Baiklah, pada entri kali ini saya ingin mengajak anda
semua untuk belajar sedikit bahasa Kedah. Ada orang kata bahasa Kedah ini
kasar, betulkah?. Bagi saya sebenarnya bahasa Kedah ini bukanlah kasar jika dipertuturkan
sesama orang Kedah sendiri sebaliknya orang dari negeri lain yang mendengarnya
yang mengatakan bahawa ianya kasar. Mari kita sama-sama belajar beberapa
perkataan di bawah.
belemoih – kotor
gerek – basikal
hampa – kamu
depa – mereka
celuih – muat
ketegaq – degil
ligan – kejar
keleboq/lanyau – lumpur
loqlaq – pengotor
|
peghongoih – panas baran
menyerok – sarapan
perangat – panaskan
tak dan – tak sempat
ghonot – tunduk
tertomoih/tersembam –
terjatuh
hinggut – goyang
belengaih – berair
pelenggaq – pangkin
|
Sebenarnya terdapat banyak lagi bahasa
Kedah yang sukar difahami oleh masyarakat kita, tetapi kadang kala perkataan-perkataan
tersebut susah untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yang betul jadi kita
perlu melihatnya dari segi ayat yang digunakan. Baiklah, setakat ini dahulu
bahasa Kedah yang dapat saya kongsikan kepada anda semua.
No comments:
Post a Comment