Monday, 15 April 2013

Budaya senyum...


Asslamualaikum dan salam sejahtera...

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang budaya senyum. Sebelum membaca dengan lebih lanjut, anda mesti senyum dahulu, boleh atau tidak? Senang sahaja hendak senyum sebenarnya, tetapi masih ada segelintir masyarakat yang sangat kedekut dengan senyumannya. Senyum itu kan satu sedekah, jadi senyumlah kepada sesiapa sahaja.

Baiklah, beberapa hari yang lalu saya dan kawan saya telah pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Kami memilih meja di tepi sekali dan berdekatan dengan tempat meletak motosikal. Sambil menunggu pesanan tiba, kami hanya bersembang-sembang kosong sambil memerhatikan kenderaan yang lalu-lalang di jalan. Sewaktu sedang melihat beberapa buah motosikal yang diletakkan di tepi kedai makan tersebut, seorang perempuan yang sudah selesai makan di situ pergi ke motosikalnya untuk pulang. Jadi, tanpa sengaja saya melihatnya dan terus melemparkan senyuman dan dia juga membalas senyuman saya dengan penuh ikhlas. Kawan yang datang bersama-sama saya  hairan dan bertanya kepada saya, berikut ialah perbualan kami:

                Kawan : Kenal ka dengan orang tu?
                Saya    : Tak kenal pun, kenapa?
                Kawan : Tengok senyum macam kenal ja.

Jadi, kita tidak perlulah kedekut untuk memberi senyuman kepada orang lain. Orang akan berasa senang dengan kita dan kita pun akan senang dengan semua orang. 

No comments:

Post a Comment