Contoh penggunaan Bahasa Rojak
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi sedikit dengan anda semua tentang penggunaan Bahasa Rojak atau percampuran kod bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Apakah yang dimaksudkan dengan Bahasa Rojak?...Bahasa Rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan percampuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Percampuran ini berlaku apabila seseorang menukar bahasanya secara berganti-ganti untuk satu tajuk yang sama. Bahasa Rojak digunakan secara meluas, terutama dalam kalangan remaja bandar di Malaysia. Penggunaan Bahasa Rojak di Malaysia merupakan satu topik kontroversi kerana para pengkaji bahasa menganggapnya sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul dan mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa.
Penggunaan Bahasa Rojak yang semakin berleluasa ini amat membimbangkan. Para pelajar akan kekurangan kemahiran menulis dan bertutur sekiranya keadaan ini terus berlaku. Kerajaan Malaysia sendiri telah memutuskan untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul, terutama dalam sektor swasta supaya dapat membendung penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh...
Hampir setiap hari saya mendengar penggunaan Bahasa Rojak ini, terutama dalam kalangan siswa siswi di universiti. Sebagai contoh, kelas tiada hari ini menjadi kelas cancel hari ini, sudah semak ke jadual? menjadi sudah check ke jadual? dan berbagai-bagai lagi...
Alasan yang paling kerap diberi bagi penggunaan Bahasa Rojak ini adalah untuk menonjolkan kehebatan si penutur menguasai bahasa yang satu lagi, terutama Bahasa Inggeris. Hebat ke kalau menggunakan bahasa Melayu dan bercampur dengan penggunaan bahasa Inggeris?...Sebenarnya tidak salah jika kita ingin menggunakan bahasa Inggeris sebagai alat untuk menimba ilmu, tetapi kita janganlah lupa diri, asal usul nenek moyang kita. Kita seharusnya berbangga dengan bahasa Melayu yang kita tuturkan setiap hari. Berlatihlah diri untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul.
No comments:
Post a Comment